Sila "LIKE" Page Ini...:)

Tuesday 15 May 2012

TAHUKAH ANDA PEMILIHAN KAIN?????

Tidak ramai yang tahu Tshirt dibuat dari pelbagai jenis kain, setiap kain yang digunakan adalah sesuai untuk sesuatu event, Jadi sebelum anda memilih tshirt apa yang anda ingin gunakan,  Saya akan terang kan sedikit maklumat berkenaan kain dan kegunaannya. Supaya pilihan anda menempah tshirt adalah tepat dengan keadaan dan kualiti yang anda mahu.
1. Tetra Cotton (TC)

Jenis kain ini biasanya untuk customer yang bajet rendah. Kebiasaan yang order kain jenis ini adalah pelajar sekolah rendah atau tadika yang ingin buat hari sukan atau hari keluarga sekolah. Kain jenis ini akan cepat rasa panas kerana ianya bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh. Walau bagaimanapun kain jenis ini biasanya akan tahan lama kerana susah untuk scretch.
2. Cotton 100%

Kain jenis ini adalah kain yang mendapat sambutan yang paling menggalakan kerana ianya meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain ini sangat lembut tetapi masalah yang biasa pada kain ini adalah ianya cepat melebar (scretch/shrinkage)
3. CVC/Lacoste

Kain jenis ini adalah campuran antara polyster dan cotton. Kain ini kurang meresap peluh tetapi lebih lembut dari kain TC. Kain jenis ini biasanya untuk baju berkolar sahaja. Kain Lacoste amat sesuai dijadikan t-shirt formal.
4. Micro Fibre


COTTON DRY MINI MESH
 
Material:65% cotton,35% polyester
 



Microfiber Cool Breeze(material: 100% polyester)



Kain jenis ini amat selesa dipakai. kebiasaan kain ini digunakan untuk hari sukan dan aktiviti luar termasuk jersey bola. Kain ini tidak meresap peluh dan juga menyebabkan terasa cepat panas. Kain ini lebih mahal dari kain TC, lacoste dan juga Cotton.
5. Cotton Interlock

Cotton Interlock adalah kain yang mempunyai kualiti yang tinggi. Ini adalah kerana kain jenis ini jenis tebal tetapi lembut dan tidak panas. Sesuai dipakai didalam dan luar bangunan. Biasanya orang yang mementingkan keselesaan dan kualiti akan memilih kain jenis ini.

0 comments:

Post a Comment