Sila "LIKE" Page Ini...:)

Pertanyaan (FAQ)


Pertanyaan (FAQ)

1. Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan di t-shirtkedah.blogspot.com ?
Terdapat 2 cara untuk membuat di t-shirtkedah.blogspot.com  iaitu :


a. Tempahan secara online
- Anda perlu mengisikan maklumat penuh di borang tempahan dan kami akan memberikan sebut harga serta cara pembayaran melalui email.


b. Datang ke kedai kami
- Sekiranya anda berada berdekatan di kedai kami di Alor Setar, anda boleh terus datang (walk-in) untuk membuat tempahan.


2. Berapakah harga untuk setiap jenis t-shirt / baju di t-shirtkedah.blogspot.com ?
Harga adalah sangat bergantung kepada :


a. Kuantiti tempahan
- Semakin banyak yang anda tempah, semakin murah harga yang kami boleh tawarkan.


b. Jenis baju
- Sila berikan kod t-shirt / baju yang ingin anda tempah kerana harga untuk setiap jenis baju adalah berlainan.


c. Jumlah warna cetakan / sulaman
- Sila emailkan kepada kami design anda serta beritahu kepada kami sama ada anda ingin membuat cetakan atau sulaman pada t-shirt / baju tersebut.


3. Berapakah kuantiti minimum untuk tempahan t-shirt / baju di PrintingBaju.com?
Kuantiti minimum untuk tempahan adalah sebanyak 10 helai sahaja.


4. Saya sudah lihat pada e-katalog t-shirtkedah.blogspot.com , tetapi tiada satu jenis design t-shirt / baju yang saya minati. Bolehkah pihak t-shirtkedah.blogspot.com  membuat t-shirt / baju mengikut design saya sendiri?
Ya boleh, ini dipanggil custom made. Kami boleh menjahit semula t-shirt / baju mengikut design anda sendiri. Kuantiti minimum untuk tempahan pula adalah sebanyak 50 helai untuk jenis custom made.


5. Saya mempunyai t-shirt / baju sendiri, bolehkah saya hantar ke t-shirtkedah.blogspot.com  untuk dicetak atau disulam sahaja?
Ya boleh, tetapi kuantiti minimum adalah sebanyak 20 helai sahaja.


6. Saya berada di lokasi yang jauh dari  t-shirtkedah.blogspot.com  (di Sabah & Sarawak), bolehkah pihak  
t-shirtkedah.blogspot.com  menghantar tempahan saya melalui Pos?
Ya boleh, kami juga selalu membuat penghantaran untuk tempahan ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan Poslaju Malaysia. Tetapi kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh anda sendiri.


7. Saya mempunyai banyak lagi pertanyaan, bagaimana pihak PrintingBaju.com boleh membantu saya?
Jika anda mempunyai soalan lagi, sila terus hubungi khidmat pelanggan kami di 019-5249709